Jumaat, 19 Disember 2014

ORKID PAPHIOPEDIUM





ORKID PAPHIOPEDIUM juga ada di premis kami dengan pilihan harga yang berpautan. Orkid ini juga pilihan utama peminat orkid di Rompin sebab itulah spesis ini perlu ditempah. Ianya menjadi rebutan.
 
 

Khamis, 18 Disember 2014

RENANTHERA KALSUM

RENANTHERA KALSUM Jenis orkid yang popular di Rompin,selain warnanya yang terang dan menyerlah memikat peminat orkid.

Orkid jenis ini mudah dijaga kerana ianya tak perlu digantung,sebaiknya sesuai diletakkan diruangan beranda rumah yang cahayanya sederhana panas.

Keperluan medianya cukup sekadar arang sahaja.

Bunganya yang besar dan tidak mudah patah berbanding Denrodium biasa.



Jumaat, 11 Julai 2014

Orkid sudah mula menambat hati warga Rompin, Kalau dulu warga Rompin terpaksa jelajah serata tempat yang jaraknya jauh tetapi kini,mereka boleh memiliki orkid di Kg Parit Raja,Pontian,Pahang.

Kalau dulu yang paling hampir di Mersing,Kuantan dan Segamat tetapi kini Orkid dah ada di Rompin.

Semuanya boleh didapati di Kg Parit Raja, Pontian,Pahang.

Jumaat, 27 Jun 2014

JUALAN TERBUKA DI TAPAK PEKAN SEHARI /PASAR TANI

PUSAT ORKID QAISARA telah mengadakan jualan terbuka di tapak pekan sehari atau Pasar Tani setiap minggu dan setiap 7 dan 18 hari bulan di Selendang,Kuala Rompin,Pahang.
 
Pada setiap hari Selasa, Kami akan mengadakan jualan di tapak Pasar Tani di hadapan Pasar Besar Kuala Rompin, Manakala pada setiap hari Khamis, Kami akan menjalankan jualan di Tapak Pekan Sehari di Tanjung Gemok, Kuala Rompin,Pahang.
 
Pada setiap 7 haribulan dan 18 haribulan setiap bulan,kami akan menjalankan jualan di Tapak Pekan Sehari di Selendang, Kuala Rompin,Pahang.
 
Jadi kepada pengemar orkid di kawasan Rompin,Endau dan sebagainya bolehlah datang ke Premis kami di Jalan Sekolah Keb Pontian, 26800 Kuala Rompin,Pahang  atau pusat jualan kami di tempat-tempat dinyatakan.

Kami akan menawarkan harga yang berpatutan, dan tuan/puan boleh membuat bandingan dengan pengedar/penjual orkid yang lain.

DATANGLAH KE PREMIS DAN PUSAT JUALAN KAMI



Khamis, 26 Jun 2014

LOKASI PERNIAGAAN KAMI








PENGUNJUNG DI HORMATI, inilah plan lokasi permis perniagaan kami, berada di mukim Pontian, bersebelahan Sekolah Keb Pontian, Kuala Rompin Pahang.

Kami menjalankan perniagaan dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, Datanglah ke PUSAT ORKID QAISARA.

Pengunjung boleh datang melalui Jalan Sekolah Keb Pontian atau  Jalan Kg Parit Raja, Pontian, Pahang.